‘Universiti Pun Nak Kejar Trending?’ – Pelajar Nak Daftar UKM Kena Buat Video?

Persaingan untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi semakin sengit dengan pertambahan calon berkelayakan setiap tahun. Untuk mendapat tempat di universiti pilihan, pelajar perlu berusaha sedaya-upaya untuk cemerlang akademik dan juga aktiviti ko-kurikulum.

Tidak ketinggalan untuk ‘menapis’ pelajar yang benar-benar layak, universiti terkemuka, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempunyai cara tersendiri untuk pelajar menunjukkan kebolehan mereka.

Diminta bangunkan video 2 minit

Seorang pengguna Twitter memuatnaik screenshot syarat keperluan pendaftaran diri di universiti itu. Seperti institusi lain keperluan seperti salinan dokumen diri, ibu bapa dan slip peperiksaan adalah antara yang diminta. Namun, apa yang menarik perhatian adalah pelajar diminta membangunkan 2 video.

Video berkenaan kemudiannya perlu dimuatnaik ke laman sosial Facebook atau Instagram. Salah satu video berkenaan mestilah menceritakan perasaan dan cita-cita apabila ditawarkan ke UKM. Manakala sebuah lagi video perlu menampilkan temubual bersama alumni universiti itu.

Walaupun tidak diletakkan sebagai syarat wajib, namun ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan keperluan itu kerana berkemungkinan pelajar tidak mempunyai akses kepada perkara sedemikian.

Suka bagi tekanan yang tidak perlu

Bayangkan pelajar Orang Asli…

Tradisi yang tak salah pun

Menggalakkan networking dengan alumni

Ramai yang layak on paper

Sumber: Jimie Cheng

Sumber: http://ohbulan.com/universiti-pun-nak-kejar-trending-pelajar-nak-daftar-ukm-kena-buat-video/